Khamis, 13 Ogos 2015

Tetamu Bulan Januari - Ogos 2015

#SyukurSelalu

Pada Syawal yang lalu banyak tempahan dari tetamu terpaksa kami tolak secara baik kerana minggu Syawal sangatlah padat. Seminggu selepas Hari Raya homestay kami terus menerima tetamu di hujung minggu.

Kebetulan ada acara besar-besaran yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Muar pada 14-15 Ogos 2015 lalu. Tetamu dari kontraktor Media Prima TV3 dan TV9 tersebut tiba pada waktu malam kerana pada waktu siang mereka menguruskan tugasan mereka sebelum acara berlangsung. Dapatlah mereka merasa gugusan rambutan kerana sekarang musim rambutan di kampung kami.
Terima kasih Pn. Nurul dari RCB Concept Sdn. Bhd. kerana sudi memilih homestay kami untuk menginap semasa berada di sini.


InshaAllah, pada minggu iaitu dari 21-23 Ogos 2015 ini ada tetamu dari Kuala Lumpur kerana bakal menghadiri majlis kahwin di Semerah. Keluarga isteri kepada En. Shahrum dari Kuala Lumpur dijangka bakal tiba pada hari Jumaat esok. Mudah-mudahan perjalanan mereka seisi keluarga dipermudahkan dan majlis bertandang di Semerah dilancarkan oleh Allah s.w.t.
Secara ringkasnya kebetulan En.Shahrum ini juga merantau seperti saya di Putrajaya dan beliau bertugas di KPKT, Putrajaya hanya jaraknya beberapa meter dari lokasi Kementerian saya bertugas.
Terima kasih kepada En. Shahrum dan isteri serta seisi keluarga kerana sudi memilih homestay kami untuk menginap bersama keluarga pada minggu ini.

Pada tetamu-tetamu yang lepas yang antaranya yang masih saya masih ingat iaitu Cikgu Laila (Johor Bahru) dan Puan Ina (Cheras), harap tidak terlewat saya ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. 

Kepada yang berminat untuk menginap di homestay kami, sila berhubung terus ke talian 013-7007386 (Pn. Nur) untuk tempahan.

Terima kasih.

#syukurselalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan