Rabu, 12 Ogos 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat Di Kampung Sarang Buaya Muar

Pada 15 Ogos 2015 yang lalu Kampung Sarang Buaya Muar telah menjadi tuan rumah bagi acara Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Muar. Sekaligus mewakili Negeri Johor kerana memenagi dalam peraduan Kampung Gua Hebat dalam kempen #syukurselalu anjuran Media Prima, TV3 dan TV9.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh artis tanahair antaranya ialah Mia Ahmad, Kaka Azraff, Syazwan Zulkifli, Adibah Yunus, Zahirah Macwilson, Anas Ridzwan, Nadzmi Adhwa, Isey Fazlisham, Harris Alif dan ZiaBella.

Turut hadir personaliti media dari TV3 dan TV9 antaranya ialah Maria Tunku Sabri, Ally Iskandar, Irin Putri Azmi, Ezreena Amir Hamzah dan Amin Hayat.

Kami juga telah menerima tempahan homestay pada tarikh tersebut dari kakitangan dan kontraktor Media Prima iaitu dari RCB Concept Sdn Bhd sepanjang acara tersebut. Terima kasih. #SyukurSelalu

Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat anjuran TV3 dan TV9 #syukurselalu
Antara artis yang turut hadir memeriahkan masjlis
 
YB Dato' Razali Ibrahim dan Tan Sri Johan Jaafar serta bergambar bersama artis dan personaliti Media Prima

Hampir 3 ribu tetamu yang hadir di majlis tersebut
Tahniah kepada warga Negeri Johor dan terutamanya pada penduduk Kampung Sarang Buaya Muar Johor. Panjang umur dan murah rezeki, InshaAllah kampung kita lebih dikenali dengan budaya timur kita dan semestinya orang Johor, baik-baik dan santun orangnya.. =)

Negeri Johor dipilih sebagai pemenang peraduan Kampung Gua Hebat dalam kempen Syukur Selalu Media Prima Berhad sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.
Peraduan itu diadakan menerusi aplikasi Syukur Selalu yang diperkenalkan Ramadan lalu apabila orang ramai boleh menyumbang mata kepada negeri masing-masing dengan cara memuat naik foto untuk memenangi kunjungan rumah terbuka daripada pihak TV3 dan TV9.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma untuk orang ramai mendapatkan maklumat seperti inti sari rancangan TV3 dan TV9, resipi, tip berfesyen, waktu imsak dan berbuka, keadaan trafik dan banyak lagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70095?m=1#sthash.bEGeLrfA.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan