Jumaat, 21 Ogos 2015

Tetamu 21-23 Ogos 2015

#SyukurSelalu

Alhamdulilah, Puan Suzilah seisi keluarga dari Banting, Selangor telah selamat tiba di homestay kami pada 21 Ogos 2015 dan akan menginap di homestay kami sehingga 23 Ogos 2015. Puan Suzilah sekeluarga yang datang dari jauh kerana ingin menghadiri majlis keraian perkahwinan anak saudaranya di Kampung Sarang Buaya ini.
Didoakan semoga majlis perkahwinan anak saudara beliau berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih pada Puan Suzilah seisi keluarga kerana memilih Homestay Qasieh Mama Kampung Sarang Buaya. 

Selamat bercuti... =)

Khamis, 13 Ogos 2015

Tetamu Bulan Januari - Ogos 2015

#SyukurSelalu

Pada Syawal yang lalu banyak tempahan dari tetamu terpaksa kami tolak secara baik kerana minggu Syawal sangatlah padat. Seminggu selepas Hari Raya homestay kami terus menerima tetamu di hujung minggu.

Kebetulan ada acara besar-besaran yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Muar pada 14-15 Ogos 2015 lalu. Tetamu dari kontraktor Media Prima TV3 dan TV9 tersebut tiba pada waktu malam kerana pada waktu siang mereka menguruskan tugasan mereka sebelum acara berlangsung. Dapatlah mereka merasa gugusan rambutan kerana sekarang musim rambutan di kampung kami.
Terima kasih Pn. Nurul dari RCB Concept Sdn. Bhd. kerana sudi memilih homestay kami untuk menginap semasa berada di sini.


InshaAllah, pada minggu iaitu dari 21-23 Ogos 2015 ini ada tetamu dari Kuala Lumpur kerana bakal menghadiri majlis kahwin di Semerah. Keluarga isteri kepada En. Shahrum dari Kuala Lumpur dijangka bakal tiba pada hari Jumaat esok. Mudah-mudahan perjalanan mereka seisi keluarga dipermudahkan dan majlis bertandang di Semerah dilancarkan oleh Allah s.w.t.
Secara ringkasnya kebetulan En.Shahrum ini juga merantau seperti saya di Putrajaya dan beliau bertugas di KPKT, Putrajaya hanya jaraknya beberapa meter dari lokasi Kementerian saya bertugas.
Terima kasih kepada En. Shahrum dan isteri serta seisi keluarga kerana sudi memilih homestay kami untuk menginap bersama keluarga pada minggu ini.

Pada tetamu-tetamu yang lepas yang antaranya yang masih saya masih ingat iaitu Cikgu Laila (Johor Bahru) dan Puan Ina (Cheras), harap tidak terlewat saya ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. 

Kepada yang berminat untuk menginap di homestay kami, sila berhubung terus ke talian 013-7007386 (Pn. Nur) untuk tempahan.

Terima kasih.

#syukurselalu

Rabu, 12 Ogos 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat Di Kampung Sarang Buaya Muar

Pada 15 Ogos 2015 yang lalu Kampung Sarang Buaya Muar telah menjadi tuan rumah bagi acara Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Muar. Sekaligus mewakili Negeri Johor kerana memenagi dalam peraduan Kampung Gua Hebat dalam kempen #syukurselalu anjuran Media Prima, TV3 dan TV9.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh artis tanahair antaranya ialah Mia Ahmad, Kaka Azraff, Syazwan Zulkifli, Adibah Yunus, Zahirah Macwilson, Anas Ridzwan, Nadzmi Adhwa, Isey Fazlisham, Harris Alif dan ZiaBella.

Turut hadir personaliti media dari TV3 dan TV9 antaranya ialah Maria Tunku Sabri, Ally Iskandar, Irin Putri Azmi, Ezreena Amir Hamzah dan Amin Hayat.

Kami juga telah menerima tempahan homestay pada tarikh tersebut dari kakitangan dan kontraktor Media Prima iaitu dari RCB Concept Sdn Bhd sepanjang acara tersebut. Terima kasih. #SyukurSelalu

Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Gua Hebat anjuran TV3 dan TV9 #syukurselalu
Antara artis yang turut hadir memeriahkan masjlis
 
YB Dato' Razali Ibrahim dan Tan Sri Johan Jaafar serta bergambar bersama artis dan personaliti Media Prima

Hampir 3 ribu tetamu yang hadir di majlis tersebut
Tahniah kepada warga Negeri Johor dan terutamanya pada penduduk Kampung Sarang Buaya Muar Johor. Panjang umur dan murah rezeki, InshaAllah kampung kita lebih dikenali dengan budaya timur kita dan semestinya orang Johor, baik-baik dan santun orangnya.. =)




Negeri Johor dipilih sebagai pemenang peraduan Kampung Gua Hebat dalam kempen Syukur Selalu Media Prima Berhad sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.
Peraduan itu diadakan menerusi aplikasi Syukur Selalu yang diperkenalkan Ramadan lalu apabila orang ramai boleh menyumbang mata kepada negeri masing-masing dengan cara memuat naik foto untuk memenangi kunjungan rumah terbuka daripada pihak TV3 dan TV9.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma untuk orang ramai mendapatkan maklumat seperti inti sari rancangan TV3 dan TV9, resipi, tip berfesyen, waktu imsak dan berbuka, keadaan trafik dan banyak lagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70095?m=1#sthash.bEGeLrfA.dpuf
Negeri Johor dipilih sebagai pemenang peraduan Kampung Gua Hebat dalam kempen Syukur Selalu Media Prima Berhad sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.
Peraduan itu diadakan menerusi aplikasi Syukur Selalu yang diperkenalkan Ramadan lalu apabila orang ramai boleh menyumbang mata kepada negeri masing-masing dengan cara memuat naik foto untuk memenangi kunjungan rumah terbuka daripada pihak TV3 dan TV9.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma untuk orang ramai mendapatkan maklumat seperti inti sari rancangan TV3 dan TV9, resipi, tip berfesyen, waktu imsak dan berbuka, keadaan trafik dan banyak lagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70095?m=1#sthash.bEGeLrfA.dpuf